

Alhamdulillah... pada tarikh dan masa seperti tertera di atas, ummat Nabi Muhammad ini selamat di lahirkan. Dilahirkan secara normal di hospital Serdang. Dengan berat 3.21kg.
Bersalin dalam keadaan huru hara saya rasa sebab wad kat penuh masa tu. Saya sampai hospital kol 9++ pagi tapi tak dpt dok kat wad aka katil sbb penuh. Dok la menunggu kat luar. Kat kerusi yg para suami/kaum keluarga menunggu tuh. Seksi saya rasa. Kol 3 petang baru cek jln semula dah buka berapa cm. Masa sampai2 tu cek br 3 cm. Tapi saya rasa sakit cam nak bersalin dah.
Ok nak cerita dr awal lah. Camnie ceritanya....lebih kurang la ek...
Sabtu ahad cam biasa saya akan membz kemas rumah. Almaklumlakan...nak jadi tn puteri 44 hari kan. So kena pastikan semuanya dah settle bab rumah nie. Hari ahad tu dok mengemas buku2 danial. Dah hujung tahun so mana2 buku yg tak pakai saya masuk plastik. Dlm dok mengemas tu terasa cam keluar lendir. Lendir jernih cam jeli. Tapi tak rasa sakit apa2 lagi. Anak yg sebelum nie tak de keluar lendir. So saya google la pasal lendir ni. Mengikut pengalaman org ianya tanda2 awal nak bersalin.
Oleh kerana tak der sakit apa2 lagi saya pun buat tak tau jerla. Malam tu tak makan nasi pun. Makan maggie lagi. Dlm kepala otak pikir baik aku makan maggie mlm nie, kalau beranak esok lama tak bleh makan. So tgh malam masak maggie makan sesorang coz semua org dah tido. Pastu tdo dengar lena sampaila subuh. Bangun solat subuh, masa rukuk terasa dah sakit. Pastu terus2an sakit.
Bagi tau kat Yus, pegila keja coz dia dah siap dah. Saya rasa cam tak bleh la nak keja. Yus ajak ke klinik. Saya cam nak ke tak ek. Kang pegi sekali lama lagi nak bersalin. Ngeri OO...kena seluk2 tuh...
Fikir punya fikir...ah pegi jela hospital terus...Sampai hospital dlm kol 9++ sbb gie mcD dulu...isi minyak bagai. Sempat lagi tu dlm sakit2.. Register semua, cek bukaan dah 3cm. Pastu doctor dok interview cam ner bersalin sebelum ni, dok kat mane semua. Dipendekkan cerita oleh kerana saya sebelum nie bersalin cepat so tak jadi transfer kajang. Sbb klu ikut alamat memang kena kajang. Dlm hati memang syukur sangat tak jadi transfer ke kajang.
So kol 3 petang baru saya masuk semula, sbb katil penuh so dok la berlegar2 kat luar tempat menunggu tu. SIL, MIL & FIL semua dah berkampung kat ctu, bg semangat kat saya. Terima kasih sangat semua. Dlm 3.45 cam tu baru nama saya dipanggil nak cek bukaan semula. Doc kata baru 4cm. Tapi saya sakit memang dah tak henti2 dah. Dok mengiring jer. Pastu bacaan yg pasang kat perut tu tak dapat baca. Nurse minta saya telentang. Bila telentang jer, saya rasa ada air keluar, saya tanya kat nurse, nurse saya terkec*** ke? Dia kata...tak..air ktuban awak dah pecah nie...
Lepas pecah jer air ketuban, tak sampai seminit saya rasa dah sakit sangat cam nak meneran. Doc kat bilik menunggu semua dah kelam kabut. Tula saya dah bagi tau saya sakit sangat tapi tak caya.... Bila cek bukaan lepas pecah air ketuban tu dah 6 cm. Dengan baju tak tukar, drip pun doc pakai cucuk jer. Terus tolak masuk labour room. Sampai labour room, kelapala bb memang dah nak keluar dah. Oleh kerana kepala bb saya agak besar, so kena beberapa kali teran bau keluar. Seb baik dlm kelam kelibut cam tu yus sempat berada disisi. Akhirnya 4.50 ptg saya selamat bersalin. Tu la cerita nya.
Keluar2 bb dok senyap jer. bila doc letak bb kat dada saya tgk cam hitam, nampak lebam...Tapi Alhamdulillah semuanyer ok.




0 comments:
Post a Comment